:: Untuk Info Kelas, sila lihat di ruangan side bar kanan ::

Monday, January 17, 2011

:: Kelas coklat pada 15/1/2011 ::

Salam semua..
Sabtu lepas, kami ke Bertam Perdana 3, Kepala Batas untuk handle kelas coklat kat sana. Pada mulanya, adik ipar saya yang request untuk belajar membuat coklat, tapi dah alang2 saya ke sana, jadi saya kumpulkan kawan2 yang tinggal di area berdekatan untuk sama2 join memeriahkan kelas.. peserta kelas kalini adalah adik ipar, Kak Wan dari Sg Petani, Kak Zura dari Kulim dan Adlin dari Sg Petani..adlin ni merupakan kawan sekolah menengah saya, dan kami hampir 8 tahun tak berjumpa..kiranye ni sesi jejak kasih jugak lah ni.. :)

peserta membuat filling ganache..

mempaipkan coklat ke dalam mould

sesi mengeluarkan coklat daripada mould..

peserta bergambar bersama hasil masing2..

antara hasil yang dibawa pulang..

bergambar bersama peserta kelas..dari kiri, adlin bersama my dotter qaisara (sibuk je die tu.. :p ), kak zura, saya, kak wan dan kak imah (adik ipar)

Alhamdulillah, kelas berjalan dengan lancar..namun begitu ada sedikit kecacatan berlaku pada coklat disebabkan suhu persekitaran yang panas. Disebabkan suhu panas yang melebihi suhu bilik, makanya, coklat mudah mencair dan ini menyebabkan sesi membungkus coklat dilakukan dengan cepat utk mengelakkan coklat cair..hmm..mmg panas betul area kedah/penang sekarang ni..disebabkan tu juga, kelas berakhir agak lewat, kerana peserta terpaksa memasukkan semula coklat ke dalam peti ais, sebelum mereka berangkat pulang..

kepada peserta kelas kalini, terima kasih kerana sudi join kelas yang sy anjurkan..semoga berjaya untuk semua ye..terutama kepada kak zura dan adlin yang sudah ada biz sendiri..lepas ni boleh la tambah product baru utk biz u olls ye..  :)

*sila call/sms 019-2992844 atau email ke ain.rusli@gmail.com sekiranya anda mahu saya datang ke tempat anda utk mengajar coklat. semua peralatan dan coklat akan disediakan, anda hanya perlu membawa apron sahaja..max satu kelas adalah 4 orang sahaja..

No comments: