:: Untuk Info Kelas, sila lihat di ruangan side bar kanan ::

Monday, January 31, 2011

:: 1st Anniversary celebration with chocolates from My Chocs For You! ::

Tahniah untuk Siti, my ofismate, di atas ulangtahun perkahwinan bersama suami tercinta pada 22/1 yang lepas..Siti telah mengorder 35 cavity couverture chocolate untuk makan2 bersama hubbye die..

design & colour adalah request drpd siti..

harap siti puas hati dengan coklat kami..Happy Anniversary utk siti, semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki utk timang baby..nnt bila2 boleh la order lagi ye! :)

:: Egg Tart..anyone? ::

Salam semua..
Order egg tart diterima daripada ofismate, Kak Melly utk makan2 bersama keluarga..

hope mak kak melly suke dengan tart nye ye! :)

:: Variety of Order.. ::

Salam semua..
Ni order from Na, Gombak..Na order mcm2 jenis, mostly 2 set sbb untuk makan sendiri dan jugak as a present for her mother in law..hmm..bagus dapat menantu mcm na ni kan..hehehe..

35 cavity coklat, cheese tart dan jugak muffin, nak request utk jadikan as present utk MIL..

birthday choc for MIL - semua design dan colour adalah permintaan Na.. :)

Truffle dan jugak coklat loose order
Ok, Na order :
- 2 set (50 pcs) of Cheese Tart (filling campur2)
- 2 set (50 pcs) of muffin, filling chocolate and strawberry
- 1 set 35 cavity birthday chocolate
- 1 box of Truffle
- 50 pcs chocolate loose order
- 8 pcs oreo

Alhamdulillah, semua order ni dah pun selamat sampai ke tangan Na, dan alhamdulillah, respon daripada na, die suke sangat dan puas hati dengan order2 tu semua..

Thanks dari kami di My Chocs For You..nnt2 order lagi ye..! :)

Friday, January 28, 2011

:: Kelas tartlets pada 22/1/2011 ::

Salam semua..
maaf, dah lama tak update blog..banyak sangat nak diupdate, tapi agak bz minggu ni..

ok, nak cerita pasal kelas tartlets minggu lepas..kelas dihadiri oleh Yanty, kawan sy semasa di UTM dan juga Amy, juga seorang bekas pelajar utm skudai..tapi die jurusan mekanikal..sebelum kelas sy langsung tak kenal Amy, tapi bila berborak, baru tau kami sama universiti dulu.. :)

tekunnye!

hasil fruit tart mereka..

bersama tuan tanah.. :D

Fakta yg menarik mengenai kelas hari sabtu lepas :
1. Yanty dan Amy stay di tempat yang sama, iaitu di SBCR, tapi mereka tak penah kenal antara satu sama lain..
2. Kami bertiga adalah daripada universiti yang sama..
3. Yanty dan Amy pernah stay di kolej yang sama, iaitu Kolej Tun Fatimah, UTM

harapnye u all puas hati dengan kelas aritu ye..ermm..dengar2 nye yanty dah ade banyak order..good job! :)

Monday, January 24, 2011

:: Order 13 kotak 4 cavity dan lollies utk birthday anak ::

Kalini order datangnye dari kak meg, my x-opismate..kak meg order 13 kotak 4 cavity dengan tema kaler pink biru..coklat ni semua adalah utk birthday celebration anaknya, dan akan diberikan kepada cikgu2 kat skolah anak nye nnt..




selain itu, kak meg jugak order 40 batang lollychoc, mcm2 design ada..yang ni utk diberikan kepada kawan2 anak nye nnt.. :)

hope cikgu2 dan kawan2 anak kak meg suke dengan coklat nye eh..lupe pulak nak tnye nama anak kak meg tu..anyway, happy birthday ye.. :)

:: Variety of chocs ::

Salam semua..
Baru2 ni en.hubby ada request buatkan coklat dalam bentuk loose, tapi pack kan sikit2..around 10-12 pcs per container..katanye, kawan2 sepejabat die nak coklat, tapi takde idea nak order yang macamana..so, kebetulan last week ade order mintak buatkan coklat couverture, makanye alang2 tu sy buatkan lebih, untuk en.hubby bawak kan ke ofis die..

belum tengahari lagi, en.hubby dah sms.. katanya coklat dah SOLD OUT! huhuhu..alhamdulillah..lepas ni insyaAllah banyak lagi order yg menyusul katanya..ape2 pun, yg penting bagi sy ialah kepuasan pelanggan..means coklat yg kita hasilkan tu haruslah menarik dipandang..dan haruslah sedap..dari mata, turun ke hati org kata kan? :)

Sunday, January 23, 2011

:: Jom sertai Kelas Tartlets pada 22/1/2011 ::

* Entry ini melekat disini sehingga 22/1 ye.. :)

Kelas membuat Fruit Tart dan Cheese Tart
Tarikh : 22/1/2011
Masa : 10 pagi - 2 ptg (atau sehingga selesai)
Tempat : No 23, Jalan Pulau Indah U10/55,
Taman Sandaran Permai, Seksyen U10,
Shah Alam (berdekatan UiTM Puncak Perdana)
Yuran : RM 60
Peserta : Zura, Amy ( 2 lagi kekosongan)
Anda akan diajar cara membuat kulit shell tart, krim kastard, cara mengadun cream cheese, dan cara menghias tarts agar nampak lebih kemas dan menarik..hasil tart yang diperolehi boleh di bawa pulang.. :)

masih ada 2 kekosongan untuk anda isi..jom sertai kami! :)

Peserta tidak perlu membawa apa2 peralatan, semuanya disediakan..sila sms/call Ain 019-2992844 atau email ke ain.rusli@gmail.com untuk tujuan penempahan kelas/pertanyaan..

Saturday, January 22, 2011

:: 50 pcs cheese tart ::

Salam semua..
Order diterima daripada Yanty, kwn saya masa kat utm dulu..beliau telah mengorder 50 pcs cheese tart perisa blueberry, strawberry dan kiwi..

50 pcs cheese tart pelbagai filling

gebusss..

hope yanty suke dengan cheese  tart ni ye... :)

Monday, January 17, 2011

:: Kelas coklat pada 15/1/2011 ::

Salam semua..
Sabtu lepas, kami ke Bertam Perdana 3, Kepala Batas untuk handle kelas coklat kat sana. Pada mulanya, adik ipar saya yang request untuk belajar membuat coklat, tapi dah alang2 saya ke sana, jadi saya kumpulkan kawan2 yang tinggal di area berdekatan untuk sama2 join memeriahkan kelas.. peserta kelas kalini adalah adik ipar, Kak Wan dari Sg Petani, Kak Zura dari Kulim dan Adlin dari Sg Petani..adlin ni merupakan kawan sekolah menengah saya, dan kami hampir 8 tahun tak berjumpa..kiranye ni sesi jejak kasih jugak lah ni.. :)

peserta membuat filling ganache..

mempaipkan coklat ke dalam mould

sesi mengeluarkan coklat daripada mould..

peserta bergambar bersama hasil masing2..

antara hasil yang dibawa pulang..

bergambar bersama peserta kelas..dari kiri, adlin bersama my dotter qaisara (sibuk je die tu.. :p ), kak zura, saya, kak wan dan kak imah (adik ipar)

Alhamdulillah, kelas berjalan dengan lancar..namun begitu ada sedikit kecacatan berlaku pada coklat disebabkan suhu persekitaran yang panas. Disebabkan suhu panas yang melebihi suhu bilik, makanya, coklat mudah mencair dan ini menyebabkan sesi membungkus coklat dilakukan dengan cepat utk mengelakkan coklat cair..hmm..mmg panas betul area kedah/penang sekarang ni..disebabkan tu juga, kelas berakhir agak lewat, kerana peserta terpaksa memasukkan semula coklat ke dalam peti ais, sebelum mereka berangkat pulang..

kepada peserta kelas kalini, terima kasih kerana sudi join kelas yang sy anjurkan..semoga berjaya untuk semua ye..terutama kepada kak zura dan adlin yang sudah ada biz sendiri..lepas ni boleh la tambah product baru utk biz u olls ye..  :)

*sila call/sms 019-2992844 atau email ke ain.rusli@gmail.com sekiranya anda mahu saya datang ke tempat anda utk mengajar coklat. semua peralatan dan coklat akan disediakan, anda hanya perlu membawa apron sahaja..max satu kelas adalah 4 orang sahaja..

Friday, January 14, 2011

:: Dorr gift purple theme.. ::

Salam semua..
Door gift for special guest ni di order oleh Kak Heze, untuk majlis catering yang beliau handle..katanya, nak tema kaler purple..dah pun selamat sampai ke tangan Kak Heze malam tadi..



hope akak puas hati...dan jgn lupe order ngan ain lagi ye.. :)

Wednesday, January 12, 2011

:: Order Strawberry & Blueberry Cheese Tart ::

Salam semua...
Semalam bersungguh-sungguh menyiapkan order drpd kawan baik masa belajar dulu, Reen, sama2 study kat UTM dengan Hadilah - atau nama manjanye Penco, kawan satu dorm masa kat sekolah menengah dulu..reen telah pun menempah 25 pcs blueberry cheese tart dan penco order 25 pcs strawberry cheese tart..

woowwii..strawberry cheese tart yang gebu..

blueberry cheese tart..mabeles! :D

thanks to both of you yaa..kawan2 yang lain, sesapa yang nak order, sms/call je 0192992844 (Ain) ye.. :)

Tuesday, January 11, 2011

:: Promosi bulan Januari - Cheese Tart::

Salam..
kawan2..sy ada membuat jualan promosi utk cheese tart yang akan berlangsung sehingga hujung bulan ini..


harga bagi cheese tart adalah :
25 biji @ RM 28
50 biji @ RM 55

Filling available :
blueberry
strawberry
kiwi

* bagi Fruit tart, harga adalah seperti berikut :
36 biji @ RM45
50 biji @ RM60

sila sms/call 019-2992844 (Ain) atau email ke ain.rusli@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan..

Monday, January 10, 2011

:: Kelas Tartlets pada 9 Jan 2011 ::

Salam semua..
Pertama sekali, syukur pada Allah Taala, di atas keizinan Nya utk sy mulakan kelas tart pada 2011 ni dengan jayanya..Alhamdulillah..kelas semalam dihadiri oleh Kak Syida from Puncak Alam, Shah Alam..dan jugak Eija dari PJ..kedua2 nya ramah, dan alhamdulillah kelas kami berjalan dengan lancar dengan selingan cerita2 dan gelak ketawa daripada kak syida dan eija..saya sukakan suasana kelas yang begini..santai, dan tak mau stress2..

proses membuat shell..

menghias fruit tart..

proses isian filling dan cheese ke dalam shell tart..alhamdulillah..tart menjadi denga gebunya! :)

kak syida (kiri) dan eija (kanan) bersama hasil masing2.. :)

bergambar bersama peserta kelas..

hasil yang dibawa pulang..sorry, gambar kurang memuaskan..

alhamdulillah..kedua dua tart iaitu Fruit Tart dan Cheese Tart menjadi dengan cantik dan gebu..masing2 dah terror buat tart, lepas ni boleh bukak bisnes pulak ye.. :) terima kasih sy ucapkan kepada kak syida dan eija..lepas ni jgn lupe join kelas coklat pulak ye.. :)

buat sesiapa yang nak join kelas, sila informkan tarikh kelas, dan sms/call 019-2992844 atau email ke ain.rusli@gmail.com.. sy tidak letakkan kelas pada spesifik tarikh, anda yang tentukan bila anda mahu kelas diadakan.. :)

Wednesday, January 5, 2011

:: Malaysia 4th Chocolate Fair 2011 ::

Salam semua..
Jom ramai2 memeriahkan Malaysia 4th Chocolate Fair 2011 yang akan bertempat di Hall 2, Mid Valley Exhibition Centre pada 7 - 9 January 2010 bermula 11pg hingga 9 malam...jom ramai2 kita serbu Mid Valley weekend ni ye..jumpe anda di sana.. :)

detail boleh didapati di sini

:: Couverture praline..yummeh! ::

Salam...
Order daripada Ziyana, staff UiTM Shah Alam..untuk makan2 katanya..beliau order 20 bijik coklat couverture filling blueberry, mocha dan almond..tapi sy tambah satu lagi filling iaitu dry apricot..harap Ziyana suka dengan coklatnya ye..nak order lagi, jgn malu2 tau! :)



thanks ziyana! :)

Monday, January 3, 2011

:: Product baru - Variety of Muffin ::

Product baru di My Chocs For You..muffin gebu yang mempunyai pelbagai perisa dan filling..sesuai dijadikan doorgift utk majlis2 tertentu seperti majlis marhaban, cukur jambul, birthday, majlis perkahwinan/pertunangan atau sebagai santaapan bersama keluarga..

mempunyai pelbagai perisa seperti :
- coklat
- vanilla
- strawberry
- oren

dan filling pilihan anda :
- choc ganache
- strawberry
- kiwi
- blueberry
- karamel

anda juga boleh request muffin anda untuk dihiasi dengan :
- choc chips
- choc rice
- croquant
- gula berwarna
- kekacang

orderlah dengan kami sekarang! harga adalah serendah rm0.50 sebiji dan anda juga boleh dapatkan sample dengan harga RM10 bagi 25 biji muffin dengan perisa/filling/hiasan mengikut citarasa anda!

hantarkan emel ke ain.rusli@gmail.com atau sms/call ke 019-2992844..

:: 35 cavity praline chocs from Mommalydzar..::

Salam semua..dan selamat tahun baru.. :)

Order yang sy terima ni adalah daripada MommaLydzar, ex- schoolmate sy masa zaman sekolah menengah dulu..baru2 ni beliau telah menganjurkan satu contest, dan pemenang nye akan menerima satu set 35 cavity praline chocs daripada My Chocs For You! alhamdulillah..pemenangnye telah pun diketahui dan hadiahnye telah pun selamat saya kurierkan kepada pemenangnya..harap coklat yang akan diterima dalam keadaan baik dan semoga berpuas hati dengan coklatnye ye.. :)



thanks ye Lydzar..nnt2 order la lagi ye.. :)